This content has been archived. It may no longer be relevant

News & Updates

Bengkel Konsolidasi, Strategi dan Hala Tuju Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) UTM

Selasa - Sept 8, 2026

Bengkel ini dianjurkan sebagai langkah strategik dalam memantapkan peranan MAIC serta menyelaraskan visi dan misi penyelidikan AI UTM agar seiring dengan aspirasi UTM ASCEND 2030. Sesi perbincangan mendalam ini memfokuskan kepada pemerkasaan kolaborasi Quadruple Helix (Akademia, Industri, Kerajaan, dan Komuniti) bagi memacu kecemerlangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat tempatan mahupun global.

Telah berlangsung Bengkel Konsolidasi, Strategi dan Hala Tuju Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) UTM bertempat di Bilik Raja Uda, Level 4, Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.

Sesi bengkel ini dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI), Prof. Ts. Dr. Mohd Naz'ri bin Mahrin, bersama barisan penyelidik dan akademik terkemuka UTM.]
 
Antara fokus utama perbincangan merangkumi:
📌 Refleksi dan penambahbaikan Visi & Misi MAIC (Leading Impactful AI Excellence).
📌 Pembangunan bakat masa hadapan dan program penyelidikan berimpak tinggi.
📌 Pengukuhan ekosistem jaringan kerjasama rentas sektor bagi penyelesaian lestari (Innovating Sustainable Solutions).
 
Semoga dapatan dan tindakan berasaskan bengkel ini dapat memperkasakan lagi peranan UTM Big Data Centre serta Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) dalam memimpin landskap AI negara! 🚀🔥
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Research & Innovation
Get the latest news & events
UTM Open Day