News & Updates
Bengkel Konsolidasi, Strategi dan Hala Tuju Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) UTM
Selasa - Sept 8, 2026
Bengkel ini dianjurkan sebagai langkah strategik dalam memantapkan peranan MAIC serta menyelaraskan visi dan misi penyelidikan AI UTM agar seiring dengan aspirasi UTM ASCEND 2030. Sesi perbincangan mendalam ini memfokuskan kepada pemerkasaan kolaborasi Quadruple Helix (Akademia, Industri, Kerajaan, dan Komuniti) bagi memacu kecemerlangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat tempatan mahupun global.
Telah berlangsung Bengkel Konsolidasi, Strategi dan Hala Tuju Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) UTM bertempat di Bilik Raja Uda, Level 4, Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.
Sesi bengkel ini dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI), Prof. Ts. Dr. Mohd Naz'ri bin Mahrin, bersama barisan penyelidik dan akademik terkemuka UTM.]
Antara fokus utama perbincangan merangkumi:
Semoga dapatan dan tindakan berasaskan bengkel ini dapat memperkasakan lagi peranan UTM Big Data Centre serta Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) dalam memimpin landskap AI negara! 

